Sunday, September 6, 2009

al-aqsa di hatiku ...

telah tercipta, kiblat pertama
berganda pahala , ibadah di sana
destinasi kecintaan para anbiya'
saksi isra' mikraj laksananya
di sana bersinarnya daulah islamiyah
terpancarnya cahaya menerangi fana...

aduh..
sakitnya...
pedihnya...
di hari durjana itu...

MasayaAllah...
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
Allahuakhbar!
panasnya..
besarnya...
Allahuakhbar!
Tempat suciMu ya Allah!
Di mana mereka?
Di mana pahlawannya?
Di mana srikandunya?

Bedebah kau wahai polan
Kan ku heret kau ke muka pengadilan
Musnahlah engkau!
Musnahlah kuncu-kuncu kau!

Terdengar, terlihat di kejauhan
Tergambar kesedihan
Lesi pada ekspresi
Benci kerna disakiti

Menggunung sudah kata-kata marah
Berdesing telinga, makian ku dengar
Tidak cukup ku kira
Jika diwarta dengan berpuluh pena
Namun...
Di mana kita?
Di mana yang berikrar bersatu dengan tali Allah?
Di mana generasi al-quran yang dimadah-madah?

Adakah kita hanya ilusi?
Dan si laknat yahudi itu realiti?
Adakah ramainya kita hanyalah sebuah ilusi?
Si laknat perampas itu realiti?

Dicanang al-quds ke sini-sana
Terpana seketika orang yang mendengar
Aduh..
Mlangnya...
Tidaklah mereka mengerti tentangnya
Dunia mengalpakan mereka
Ftamorgana menghanyutkan mereka

Ayuh!
Bangkitlah!
Maralah!
Malulah wahai umatku!
Takkan kau mahu menonton dan menunggu
Tidak malukah engkau bersikap begitu?
Layakkah engkau angkuh
Di Bumi yang bukan milikmu?

Cukuplah...
Cukuplah kita dicaci dihina
Cukuplah maruah kita diinjak-injak
Bangunlah!
Berjuanglah!
Wahai para syuhada di hadapanku
Biar beribu peluru merobekmu
Biar berdentum-dentum bom meratah tubuhmu
Kentalkanlah semangatmu
Usah gentar jiwamu
Lindungilah kiblatmu
Berjuanglah demi agamamu
Peliharalah maruahmu
Tunjukkan kita adalah satu...

AL-AQSA DI HATIKU...

4 comments:

keriey said...

macam ku knal sajak ini...
tp d mane ye??

azizi said...

sape yg buat ni?

nana ruzanna said...

ko rase sape gg ?

azizi said...

Je pense que vous l'avez fait ..
oh. d'ailleurs
S'il vous plaît mettez à jour votre blog. hahaha

Post a Comment